Cara Guna


  • Cuci muka dengan sabun 2 X sehari
  • Gunakan Krim Malam pada malam hari
  • Gunakan Krim Siang pada siang hari (sebagai pelindung UV)
  • Sapuan kedua-dua krim adalah nipis sahaja.


Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim.
Jika pada awal penggunaan, muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi
teruskan dengan krim siang dan sabun.
Selepas 2 atau 3 hari barulah gunakan semula krim malam.


Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian yang bermasalah.


Kulit akan mendapat kelembapan semulajadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Krim malam boleh dikurangkan penggunaannya selepas hasil yang diharapkan diperolehi (guna 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu).


Insya Allah mujarab...